12 Februari 2011

Politik punca Melayu pecah



LAWAN

BILA MELAYU MAHU BERSATU ??



Apabila mendengar perkataan UMNO, Pas dan PKR, mereka ini adalah golongan daripada kaum Melayu.Tetapi  sayangnya mereka ini tidak sebulu dan selalunya berlaku tuduh-menuduh diantara satu sama lain.Politik telah menyebabkan orang-orang Melayu berpecah - belah kerana setiap parti mempunyai ideologi dan perjuangan mereka yang tersendiri.

Orang Melayu telah sekian lama mendiami tanah air sendiri tetapi hakikat yang dapat kita lihat adalah mereka seperti  ketinggalan dalam apa jua perjara berbanding bangsa lain kerana tiada kesepakatan dalam pendapat.Ada diantara mereka (Melayu) sanggup merebut  kuasa dan jawatan dalam politik hingga sanggup mencantas sesama sendiri demi kepentingan individu, hinggakan menggabaikan  dan melupakan  untuk memajukan bangsa mereka sendiri .

Pada masa kini , orang melayu takut untuk menyatakan pendirian mereka dalam hak-hak sepatutnya.Ini menjadikan diri mereka di dalam  dilema hingga menjadi lemah.Orang Melayu takut  mengetengahkan  isu-isu berkaitan hak- hak melayu kerana akan didakwa  bersikap perkauman.Adalah sedih bagi rakyat berketurunan melayu mengharapkan hasil yang belum nampak daripada parti-parti politik tersebut.Semoga kita berdoa , suatu hari  nanti orang-orang yang memperjuangkan Melayu bersama Islam dapat duduk semeja bagi memajukan Bangsa dan Agama.Buangkan segala keegoaan, hasad dengki dan tamak , supaya apa yang dihajati orang-orang melayu dapat dicapai.

Tiada ulasan: