11 Februari 2011

ahli politik terlupa

Semenjak akhir-akhir ini kita selalu mendengar kritikan, aduan serta rasa tidak kepuasan hati rakyat terhadap wakil rakyat yang mereka pilih kerana tidak menjalankan dengan betul dan telus.Ini banyak terjadi di Selangor da Pulau Pinang.Mereka rasa seperti ditindas semula setelah memangkah YB ini dan tidak mendapat pulangan yang dijanjikan.Sebelum menang pilihanraya , pelbagai janji telah ditaburkan ,tetapi apabila berjaya meraih kerusi DUN/Parlimen,seolah-olah tidak ada apa yang berlaku apabila rakyat meminta pertolongan.Sebagaimana kita saksikan di Pulau Pinang,banyak isu yang timbul seperti tanah, gerai, rumah dan lain-lain lagi.Sepatutnya pemerintah dan wakil rakyat turun untuk mencari jalan penyelesaian ,tetapi ada yang berlagak seperti samseng , tidak layak dipanggil YB.Ade peniaga khasnya orang melayu dilarang berniaga, kerana di cop status niaga haram , wal hal hanya di depan mata peniaga asing  berniaga tanpa diambil tindakan.Ingatlah kuasa ditangan rakyat.hari ini wakil rakyat dipilih tetapi menindas rakyat, esok lusa pasti anda akan jatuh sebagaimana yang berlaku di Mesir.

Tiada ulasan: