11 Februari 2011




tidak memihak mana-mana parti di Malaysia.Saya berasa bangga apabila ada pendidik yang mahu bertanding untuk menjadi wakil rakyat kerana, guru adalah sebaik-baik ikon untuk di jadikan teladan.Mereka inilah yang paling mudah untuk menjiwai hati  budi rakyat kerana guru pada zaman sekarang boleh menjadi apa saja kerana sanggup berkorban.

Namun adakah Suami kepada calon ini sedar, beliau juga seorang guru sebagaimana isterinya tetapi tidak berada di sekolah , bahkan sanggup meredah banjir untuk menemani isteri bagi meraih undi.Saya tidak mahu menjatuhkan halal atau haram gajinya tetapi kesalahan yang dilakukan amat besar.Ini kerana beliau mendakwa telah mengambil cuti sakit selama 21 hari.Yang menjadi persoalan, bagaimana orang yang sakit bercuti panjang mampu untuk bergerak ke sana-sini dan boleh meredah banjir.Persoalannya lagi , siapakah memberi kebenaran untuk beliau cuti sakit?kerana cuti tersebut terlalu banyak.Cuti tersebut hanya layak bagi mereka yang sakit kronik atau terlantar di hospital mahupun di rumah.

Tiada ulasan: