12 Februari 2011

STESEN MINYAK PEMBELOT??




Dikala rakyat Malaysia sedang keluh -kesah berkenaan banyak barang semakin naik termasuklah petrol, masih ada stesen minyak di sempadan tambak Johor masih bermurah hati dan menjadi pembelot kepada rakyat serta negara kerana membenarkan mengisi minyak RON95 kepada warga Singapura.Mereka ini hanya sekadar ingin mengaut keuntungan tanpa mempedulikan keadaan rakyat Malaysia khasnya di Johor.Adakah stesen minyak ini buta nombor pendaftaran kereta asing? Bukan pertama kali stesen minyak ini melakukan hal tersebut, tetapi seakan kebal.Jika anda perhatikan di stesen minyak ESSO ,pam  biru adalah minyak RON 97, manakala pam merah adalah minyak RON 95.Sila lihat gambar-gambar di atas.Diharapkan kerajaan menepati janji menempatkan pegawai-pegawai mereka bertugas secara berkala bagi menyiasat hal di atas dan mengenakan tindakan tegas terhadap stesen minyak tersebut.Rakyat tidak mahu kerajaan hanya bercakap sahaja tetapi tiada tindakan dikenakan.Stesen minyak di atas adalah salah satu daripada beberapa stesen minyak di Johor yang membenarkan penggunan RON 95 kepada warga asing.

BERIKUT BEBERAPA FAKTA:
  • STESEN MINYAK ESSO
  • JALAN YAHYA AWAL
  • BERHADAPAN KOLEJ RIMA